THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 4, 2010

Pekenalan kepada Silat Melayu


Silat adalah seni warisan yang di banggakan dalam alam melayu. Bila kita sebut tentang alam melayu, itu bermaksud keseluruh kepulauan nusantara yang merupakan penduduknya berbangsa melayu. Tidak kiralah sama ada Indonesia, Malaysia ataupun kepulauan-kepulauan yang lain yang penduduknya berbangsa melayu. silat bukan sahaja seni malah salah satu gerak bela diri yang unik dan penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat. Baik dari gerak langkah buahnya ataupun bunganya pasti ada makna yang tertentu. Anak muda Melayu zaman sekarang banyak memperlekehkan silat melayu, sedangkan mereka tidak sedar silat melayu adalah seni bela diri yang terulung jika di bandingkan dengan seni bela yang lain. Gerak langkah yang mampu mengelirukan musuh dan juga buah pukulan yang mampu menembusi mana-mana benting pertahanan musuh menjadikan silat sebagai satu ilmu bela diri yang di geruni. Silat bukan sahaja bersifat lahirriah tetapi juga bersifat rohani. ini kerana silat pada ketika ini banyak di sesuaikan dan diterapkan dengan ajaran Islam. Buktinya, terdapat pesilat-pesilat yang berbangsa asing menemui Islam dalam pembelajaran silat. Malangnya anak muda melayu sekarang kebanyakan lebih menggemari seni bela diri asing dari warisan bangsa sendiri. Jangan perlekehkan silat wahai anak bangsaku, cuba dulu baru engkau tahu bertapa manisnya isi dalam silat. Baru kita tahu apa yang membezakan silat dengan seni bela diri yang lain, dan mengapa saya menegaskan silat adalah seni bela diri yang terulung. Namun begitu tidak bermakna seni bela diri yang lain tidak bagus, setiap satu seni bela diri itu ada keistimewaanya yang tersendiri. Dalam blog ini juga akan di paparkan beberapa seni bila diri yang lain selain daripada silat. Silat adalah warisan pahlawan dahulu, Tuah laksamana terbilang pernah bertempur dengan musuh-musuh yang handal dan sekali pun tidak kecundang. Rugi sekiranya ilmu ini tidak di warisi oleh anak bangsanya. di harapkan kata-kata ini dapat menjadi santapan minda untuk kalian semua renungkan. jika ada tersinggung dengan kata-kata saya, saya memohon maaf. sila tinggalkan komen anda di blog ini.

0 comments: