Kali ini saya akan membawa anda melihat dan memahami serba sedikit mengenai sebuag silat yang agak popular di sekitar Muar, Johor. tidak lain dan tidak bukan Silat Lintau. ada dia antara kita mengetahui atau mungkin tidak mengetahui akan asal usul silat ini. Bagi saya jika silat itu tidak diketahui asal usulnya maka sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak muda bangsa Melayu mencari jawapannya. saya cuba mencari dan mengakaji gerak buah Silat Lintau namun begitu sumber-sumber yang saye perolehi terlalu terhad menyebabkan sukar untuk saya mengupas lebih lanjut mengenai silat ini. Namun begitu, saya akan cuba untuk menerangkan serba sedikit mengenai Silat Lintau dan sekiranya ada pembaca blog ini yang ingin memberi sebarang bahan maklumat mengenai silat ini dan ingin berkongsi dengan pembaca dan peminat yang lain saudara dan saudari dialu-alukan. Melalu pengamatan dan pengumpulan yang saya lakukan terdapat beberapa jenis nama Silat Lintau tetapi saya tidak pasti samaada terdapat persakmaan atau tidak antara silat ini. Antara nama yang sering didengar ialah Silat Lintau Padang, Silat Lintau Jawa dan Seni Silat Harimau Lintau. Perkataan lintau itu sendiri adalah satu kaedah senibela diri orang-orang melayu yang unggul dan asli. Menurut sejarah terdapat seorang panglima yang berasal dari Padang Pariaman, Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Beliau dikatakan merupakan orang pertama yang memperkenalkan Silat Lintau di Indonesia dan di Tanah Melayu pada abad ke-16. Nama beliau ialah Baginda Zahiruddin atau lebih dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam, diambil sempena lidahnya yang bewarna hitam. Beliau pernah mengetuai pertempuran menentang lanun dan mengahapuskan lanun di muara Sungau Muar pada tahun 1716 dan berjaya dalam pertempuran itu. Namun begitu beliau telah meninggal kerana mati lemas setelah kapal yang dinaiki beliau deserang oleh saki-baki lanun. Beliau telah di makamkan di Kampu
ng Parit Sakai Laut, Muar. Terdapat perkataan yang jelas tertulis di bumbung makam tersebut yang berbunyi"PANGLIMA LIDAH HITAM, BAPAK SENI SILAT LINTAU MALAYA". 
0 comments:
Post a Comment