THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 10, 2010

Silat Cekak - Silat Papan Sekeping

Silat Cekak adalah silat yang telah lama wujud dalam Malaysia, ianya berasal dari negeri Kedah dan di amalkan oleh panglima-panglima kanan negeri tersebut yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II dari tahun 1854 sehingga tahun1879. 'CEKAK' membawa maksud kepada 'gaduh' dalam makna Minagkabau tetapi ilmu ini bukanlah bertujuan untuk bergaduh tetapi hanya untuk mempertahkan diri sekiranya di serang. 'CEKAK' juga membawa maksud 'ringkas' dalam bahasa Jawa, ini dapat dilihat dalam buah-buah Cekak. selain itu 'CEKAK' juga merupakan pribahasa Melayu Kedah yang bererti 'kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjwab'. Silat Cekak juga di kenali Silat Papan Sekeping, kerana buah dalam silat ini boleh dilakukan di kawasan yang sempit dan tidak luas. Tidak seperti silat lain, Silat Cekak tidak menggunakan kuda-kuda untuk membuat buah tetapi pengamal cuma perlu berdiri lurus dan menanti serangan musuh. Silat ini tidak mengajar pengamalnya untuk mengelak serangan ke kiri, ke kanan, ke bawah, ataupun keatas seperti seni bela diri yang lain, tetapi mengajar pengamalnya untuk menerima serangan dan mengambil serangan musuh secara berdepan. Ini merupakan ke istimewaan Silat Cekak. Silat Cekak juga boleh di katakan sebagai IBU SEGALA BELA DIRI. Melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia(PSSCM) yang telah memperjuangkan Silat Cekak selama 40 tahun, seni bela diri ini telah berkembang di IPT di seluruh Malaysia di bawah pengasasnya Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi b. Ahmad. Sebelum mempelajari Silat Cekak setiap setiap penuntut perlu tidur dia atas kain putih selama 3 malam berturut-turut sebagai syarat untuk belajar Silat Cekak. Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak dan terdapat di logo persatuan silat tersebut. Terdapat 21 buah dalam Silat Cekak dan setiap buah di perturunkan oleh guru secara perseorangan dan akan di ajar secara berperingkat-peringkat iaitu:

  1. peringkat asas
  2. peringkat jatuh
  3. peringkat potong
  4. peringkat tamat
  5. peringkat umum
  6. peringkat kemahiran
Pada setiap satu peringkat penuntut Silat Cekak akan di Ijazahkan oleh Guru Utama Silat Cekak terlebih dahulu sebelum memulakan mata pelajaran Silat Cekak. Saya sendiri merupakan penuntut Silat Cekak dan saya dapati terdapat banyak perbezaan dari seni bela diri yang lain. Pergerakkan buah yang ringkas dan pantas tetapi amat berbisa dan boleh mendatangkan kecederaan yang serius kepada pihak lawan, menjadikan Silat Cekak bukanlah satu seni bela diri yang boleh di pandang enteng.

Demonstrasi Silat Cekak(PSSCM) yang diadakan di salah sebuah IPT yang terdapat di Melaka

0 comments: