THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 9, 2010

Silat Serimau Hitam - Silat Selima Hitam

Allahyarham Pak Guru Baharum b. Hathir, tokoh silat yang di segani
Silat Serimau Hitam ada yang menganggap silat Serimau Hitam berasal dari nama Silat Harimau Hitam tetapi tanggapan itu sebenarnya jauh panggang dari api, nama asal Silat Serimau Hitam ialah Silat Selima Hitam. Nama perguruan ini di tukar mengambil sempena pegerakan harimau yang diajar dalam silat ini. Silat Serimau hitam cukup terkenal di sekitar kawasan negeri Perak, silat ini telah diasaskan oleh seorang tokoh seni bela diri yang di segani di Perak iaitu Allahyarham Pak Guru Baharum b. Hathir atau lebih di kenali sebagai Pak Baharum di kalangan orang biasa dan panggilan Bapak dikalangan murid Serimau Hitam pada tahun 1971. Pada ketika itu silat ini masih dikenali sebagai Silat Selima Hitam sehingga pada penghujung tahun 1971 nama peguruan itu ditukar kepada nama perguruan sekarang. Silat Serimau Hitam adalah silat yang menggabung 5 jenis silat yang dipelajari oleh Pak Guru Baharum, iaitu Silat Gayung, Silat Cekak, Silat Jawa, Silat Sambarani(Helang) dan Silat Wali Suci. Saya sendiri pernah bertemu dengan Pak Guru Baharum kerana beliau sering datang ke sekolah di mana saya belajar untuk mengajar silat kepada murid sekolah itu. Nama sekolah itu ialah Sekolah Menengah Seri Kampar yang terletak di Kampar Perak. Sekolah ini tidak jauh dari kediaman Pak Guru Baharum. Tambahan lagi seorang sahabat saya merupakan anak murid Silat Serimau Hitam memberikan saya peluang untuk mendekati Pak Guru Baharum. Ketangkasan beliau mengatur langkah dan melakukan pukulan penyudah memang menakjubkan sehinggakan tenaga muda tidak dapat menandingi kehebatan persembahan beliau. Tidak di nafikan latihan Silat Serimau Hitam agak keras tetapi setiap latihan ada tujuannya tersendiri. Saya pernah mencuba untuk beradu dengan sahabat saya saudara Ahmad Jamal b. Hasri yang merupakan murid Silat Serimau Hitam yang mempunyai sijil Jurulatih. Ternyata ketangkasan tangannya mengatasi saya. Pada ketika itu saya menggunakan buah pukulan Tomoi untuk menyerang. Itulah pengalaman pertama saya menghadapi pengamal Silat Serimau Hitam. Silat Serimau Hitam pernah dikeluarkan dalam majalah Seni Beladiri keluaran Mei 1999. Dalam Silat Serimau Hitam sistem pembelajarannya terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. pergerakan badan(jurus)
  2. latihan gimnastik
  3. buah kosong(pukulan dan tepisan)
  4. permainan sejata tradisional seperti keris, pisau, parang, lembing dan kerambit
  5. permainan senjata kayu, rotan, dan tongkat.
terdapat beberapa adap sebelum pesilat Serimau Hitam bersilat di gelanggan. Adap ini akan saya nyatakan secara ringkas, antara adapnya ialah:
  1. adap masuk gelanggang
  2. adap tutup gelanggang
  3. adap hormat
  4. adap peluk hormat
  5. adap duduk seni
Seperti silat melayu yang lain setiap anak murid yang menuntut ilmu persilatan perlu melalui upacara tertentu untuk memenuhi syarat penerimaan murid. Dalam silat Seni Serimau Hitam setiap murid yang akan menuntut ilmu persilatan akan menjalani upacara mandi limau adat.

0 comments: