Silat Seni Gayong adalah seni silat yang cukup popular di Malaysia. Silat ini bukan sahaja di kenali di Malaysia sahaja malahan turut terkenal di luar negara, jadi tidak hairanlah kalau Silat Gayong turut di amalkan oleh orang bukan Melayu. Dipercayai Silat Seni Gayong telah wujud semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka dan diguna oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam menentang penjajahan Potugis. Pada asalnya Silat Seni Gayong bernama Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong telah diasaskan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin. Uda Mohd. Hashim(gambar di kiri)

- tapak gayong(permulaan tapak silat)
- seni tapak gayong(pecahan tapak gayong)
- seni keris(langkah pahlawan cara menggunakan senjata)
- seni sembat(cara bermain belantan atau pedang)
- seni yoi(buah pukulan)
- seni belian(silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan)
- seni cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung)
- perlimau sintuk tapak(bagi penuntut lelaki)
- perlimau sintuk seni(bagi penuntut perempuan)

0 comments:
Post a Comment