THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 10, 2010

Silat Cekak - Silat Papan Sekeping

Silat Cekak adalah silat yang telah lama wujud dalam Malaysia, ianya berasal dari negeri Kedah dan di amalkan oleh panglima-panglima kanan negeri tersebut yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II dari tahun 1854 sehingga tahun1879. 'CEKAK' membawa maksud kepada 'gaduh' dalam makna Minagkabau tetapi ilmu ini bukanlah bertujuan untuk bergaduh tetapi hanya untuk mempertahkan diri sekiranya di serang. 'CEKAK' juga membawa maksud 'ringkas' dalam bahasa Jawa, ini dapat dilihat dalam buah-buah Cekak. selain itu 'CEKAK' juga merupakan pribahasa Melayu Kedah yang bererti 'kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjwab'. Silat Cekak juga di kenali Silat Papan Sekeping, kerana buah dalam silat ini boleh dilakukan di kawasan yang sempit dan tidak luas. Tidak seperti silat lain, Silat Cekak tidak menggunakan kuda-kuda untuk membuat buah tetapi pengamal cuma perlu berdiri lurus dan menanti serangan musuh. Silat ini tidak mengajar pengamalnya untuk mengelak serangan ke kiri, ke kanan, ke bawah, ataupun keatas seperti seni bela diri yang lain, tetapi mengajar pengamalnya untuk menerima serangan dan mengambil serangan musuh secara berdepan. Ini merupakan ke istimewaan Silat Cekak. Silat Cekak juga boleh di katakan sebagai IBU SEGALA BELA DIRI. Melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia(PSSCM) yang telah memperjuangkan Silat Cekak selama 40 tahun, seni bela diri ini telah berkembang di IPT di seluruh Malaysia di bawah pengasasnya Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi b. Ahmad. Sebelum mempelajari Silat Cekak setiap setiap penuntut perlu tidur dia atas kain putih selama 3 malam berturut-turut sebagai syarat untuk belajar Silat Cekak. Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak dan terdapat di logo persatuan silat tersebut. Terdapat 21 buah dalam Silat Cekak dan setiap buah di perturunkan oleh guru secara perseorangan dan akan di ajar secara berperingkat-peringkat iaitu:

  1. peringkat asas
  2. peringkat jatuh
  3. peringkat potong
  4. peringkat tamat
  5. peringkat umum
  6. peringkat kemahiran
Pada setiap satu peringkat penuntut Silat Cekak akan di Ijazahkan oleh Guru Utama Silat Cekak terlebih dahulu sebelum memulakan mata pelajaran Silat Cekak. Saya sendiri merupakan penuntut Silat Cekak dan saya dapati terdapat banyak perbezaan dari seni bela diri yang lain. Pergerakkan buah yang ringkas dan pantas tetapi amat berbisa dan boleh mendatangkan kecederaan yang serius kepada pihak lawan, menjadikan Silat Cekak bukanlah satu seni bela diri yang boleh di pandang enteng.

Demonstrasi Silat Cekak(PSSCM) yang diadakan di salah sebuah IPT yang terdapat di Melaka

Saturday, January 9, 2010

Silat Serimau Hitam - Silat Selima Hitam

Allahyarham Pak Guru Baharum b. Hathir, tokoh silat yang di segani
Silat Serimau Hitam ada yang menganggap silat Serimau Hitam berasal dari nama Silat Harimau Hitam tetapi tanggapan itu sebenarnya jauh panggang dari api, nama asal Silat Serimau Hitam ialah Silat Selima Hitam. Nama perguruan ini di tukar mengambil sempena pegerakan harimau yang diajar dalam silat ini. Silat Serimau hitam cukup terkenal di sekitar kawasan negeri Perak, silat ini telah diasaskan oleh seorang tokoh seni bela diri yang di segani di Perak iaitu Allahyarham Pak Guru Baharum b. Hathir atau lebih di kenali sebagai Pak Baharum di kalangan orang biasa dan panggilan Bapak dikalangan murid Serimau Hitam pada tahun 1971. Pada ketika itu silat ini masih dikenali sebagai Silat Selima Hitam sehingga pada penghujung tahun 1971 nama peguruan itu ditukar kepada nama perguruan sekarang. Silat Serimau Hitam adalah silat yang menggabung 5 jenis silat yang dipelajari oleh Pak Guru Baharum, iaitu Silat Gayung, Silat Cekak, Silat Jawa, Silat Sambarani(Helang) dan Silat Wali Suci. Saya sendiri pernah bertemu dengan Pak Guru Baharum kerana beliau sering datang ke sekolah di mana saya belajar untuk mengajar silat kepada murid sekolah itu. Nama sekolah itu ialah Sekolah Menengah Seri Kampar yang terletak di Kampar Perak. Sekolah ini tidak jauh dari kediaman Pak Guru Baharum. Tambahan lagi seorang sahabat saya merupakan anak murid Silat Serimau Hitam memberikan saya peluang untuk mendekati Pak Guru Baharum. Ketangkasan beliau mengatur langkah dan melakukan pukulan penyudah memang menakjubkan sehinggakan tenaga muda tidak dapat menandingi kehebatan persembahan beliau. Tidak di nafikan latihan Silat Serimau Hitam agak keras tetapi setiap latihan ada tujuannya tersendiri. Saya pernah mencuba untuk beradu dengan sahabat saya saudara Ahmad Jamal b. Hasri yang merupakan murid Silat Serimau Hitam yang mempunyai sijil Jurulatih. Ternyata ketangkasan tangannya mengatasi saya. Pada ketika itu saya menggunakan buah pukulan Tomoi untuk menyerang. Itulah pengalaman pertama saya menghadapi pengamal Silat Serimau Hitam. Silat Serimau Hitam pernah dikeluarkan dalam majalah Seni Beladiri keluaran Mei 1999. Dalam Silat Serimau Hitam sistem pembelajarannya terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. pergerakan badan(jurus)
  2. latihan gimnastik
  3. buah kosong(pukulan dan tepisan)
  4. permainan sejata tradisional seperti keris, pisau, parang, lembing dan kerambit
  5. permainan senjata kayu, rotan, dan tongkat.
terdapat beberapa adap sebelum pesilat Serimau Hitam bersilat di gelanggan. Adap ini akan saya nyatakan secara ringkas, antara adapnya ialah:
  1. adap masuk gelanggang
  2. adap tutup gelanggang
  3. adap hormat
  4. adap peluk hormat
  5. adap duduk seni
Seperti silat melayu yang lain setiap anak murid yang menuntut ilmu persilatan perlu melalui upacara tertentu untuk memenuhi syarat penerimaan murid. Dalam silat Seni Serimau Hitam setiap murid yang akan menuntut ilmu persilatan akan menjalani upacara mandi limau adat.

Silat Gayong - Silat Seni Sendi Harimau



Silat Seni Gayong adalah seni silat yang cukup popular di Malaysia. Silat ini bukan sahaja di kenali di Malaysia sahaja malahan turut terkenal di luar negara, jadi tidak hairanlah kalau Silat Gayong turut di amalkan oleh orang bukan Melayu. Dipercayai Silat Seni Gayong telah wujud semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka dan diguna oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam menentang penjajahan Potugis. Pada asalnya Silat Seni Gayong bernama Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong telah diasaskan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman bin. Uda Mohd. Hashim(gambar di kiri)


Dato' Meor Abdul Rahaman bersama Dato' Onn Jafar yang juga pengamal Silat Gayong
Terdapat tujug peringkat dalam Silat Seni Gayong:
  1. tapak gayong(permulaan tapak silat)
  2. seni tapak gayong(pecahan tapak gayong)
  3. seni keris(langkah pahlawan cara menggunakan senjata)
  4. seni sembat(cara bermain belantan atau pedang)
  5. seni yoi(buah pukulan)
  6. seni belian(silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan)
  7. seni cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung)
peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti. Setiap penuntut perlu melalui upacara mandi perlimau sebagai syarat penerimaan murid gayong. terdapat dua jenis upacara mandi perlimau:
  1. perlimau sintuk tapak(bagi penuntut lelaki)
  2. perlimau sintuk seni(bagi penuntut perempuan)
gambar menunjukkan upacara perlimau sintuk tapak bagi penuntut yang di terima menjadi murid gayong